Tuesday, August 12, 2008

Kaji Akta "ISA" Ke Atas Majlis Peguam

Saya amat bersetuju dengan kenyataan YAB.Perdana Menteri Malaysia agar KDN mengkaji penggunaan "ISA" ke atas ahli Majli Peguam yang tidak mengindahkan teguran pelbagai pihak dan menimbulkan suasana kacau di kalangan penduduk Malaysia. Ini adalah gara-gara tindakan majlis tersebut menganjurkan program yang menyentuh isu sensitif yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum.
Tindakan ini sebagai satu pengajaran dan ingatan kepada mana-mana pihak yang terlalu biadap terhadap pencabulan kontrak sosial yang sediada dan menganggap diri mereka sebagai hero dalam masyarakat tanpa mengira kepentingan perpaduan kaum yang telah lama kita pertahankan dan perjuangkan.
walaupun negara kita sebuah negara yang mengamalkan kebebasan bersuara dan beragama, tetapi ia tidak menunjukan bahawa semua isu boleh dibincangkan secara terbuka, isu agama yang sensitif dan boleh mengugat perpaduan antara kaum hendaklah dielakan dari dibincang secara terbuka.
Ingatlah wahai Majlis Peguam bahawa janganlah umpama "Menang sorak kampung tergadai"

Hindari Politik Wang

Prsidangan UMNO yang berlangsung di peringkat cawangan pada masa kini menuntut agar semua ahli parti UMNO bersatu bagi merapatkan barisan Saff yang telah longgar akibat tsunami politik yang melanda negara pada Pilihan Raya ke-12 yang lepas.Melalui persidangan di peringkat cawangan ia diharap dapat mengukuhkan kedudukan dan martabat parti keramat orang melayu tersebut di peringkat Bahagian mahupun di peringkat kebangsaan.
Untuk mewujudkan sebuah parti yang bermartabat dan berkedudukan tinggi dan disegani oleh kaum-kaum yang lain,maka satu kesedaran ke atas perjuangan yang telus di dalam parti hendaklah menjadi budaya kepada semua ahli UMNO khususnya yang terlibat dalam persidangan.
Bagi tujuan itu, kita hendaklah meghindari satu budaya iaitu budaya politik wang. Senario tersebut hendaklah kita tepis dengan bersungguh-sungguh agar perjuangan parti sentiasa berada pada landasan yang betul. Politik wang ini akan dapat merosakan pemikiran ahli UMNO dan seterusnya melemahkan institusi parti UMNO itu sendiri. Apabila politik wang menguasai ahli UMNO maka akan wujudlah satu budaya di mana kepimpinan yang berwibawa bukan lagi menjadi sandaran utama dan taruhan perjuangan parti tetapi akan wujudlah budaya di mana wang akan dapat menentukan corak kepimpinan sesebuah Negara.
Jika ahli UMNO terus mabuk dengan kuasa dan sogokan politik wang, bayangkanlah apa yang akan terjadi terhadap warisan kepimpinan Negara pada masa hadapan, sudah pasti Negara kita akan diterajui oleh pemimpin yang berkiblatkan kuasa wang. Pemimpin seumpama itu hanya akan merosakan Negara kerana ia hanya mementingkan keuntungan semata-mata dan bukanya memikirkan kebajikan masyarakat kini dan masa depan generasi akan datang. Pemimpin seumpama ini harus ditolak atas dasar kesejahteraan masyarakat melayu pada masa kini dan masa hadapan. Kita tidak mahu melayu hilang di Duni akibat daripada kepimpinan Melayu yang tidak bijak dan mementingkan keuntungan peribadi akibat didokong oleh masyarakat yang dikuasai oleh politik wang.
Secara keseluruhanya orang melayu haruslah sedar akan keburukan dan kemusnahan yang akan melanda umat Melayu jika Poltik wang ini menguasai politik mereka. Masyarakat melayu haruslah mengambil satu langkah drastik bagi mengatasi masalah politik wang ini. Oleh itu mesyuarat UMNO di peringkat cawangan adalah satu landasan permulaan yang terbaik bagi memulakan langkah untuk menolak politik wang bagi menjamin kuasa politik melayu terus Cemerlang Gemilan, dan Terbilang. Ayuh Umat Melayu sahutlah cabaran Laksmana Hang Tuah Tidak Melayu Hilang di Dunia…dan teruslah mara ke depan kerana perjuangan kita belum selesai…

Thursday, August 7, 2008

Salam Sejahtera

Salam Perkenalan Dan Salam Merdeka